Wednesday, June 5, 2013

Ukhwah itu sweet

Assalamualaikum.
Hai. Apa dah jadi dengan saya 3 bulan?
Take a deep breath and lets start the journey.
Bukan lah journey sangat. Well, rindulah nak blogging macam dulu-dulu.
Kah kah kah. Selalu ada masalah bila nak buat intro.
Sebelum tu, entri ini banyak merapu. :P

So, siapa yang follow aku di twitter, instagram, di facebook sila angkat kaki sambil angkat tangan.
Hahaha. Dalam 3 bulan too much happened to me. Too much.
Macam macam. Sedih ada, gembira ada, macam-macam ada.
Tapi perasaan aku bukan macam astro yang boleh diulang-ulang. Aku kena ubah. Move on. Move!


Dalam masa seminggu ni lah. Dalam cuti ni lah, perasaan aku dirobek dikoyak macam takda harga dah.
Tu ha! Orang cakap jangan mengaku, jangan confess nak jugak. Hahaha. Takdelah. Salah aku juga.
Well, aku bukan ada niat tak baik pon. Nak jadi kawan pon tak boleh?
Ye lah, siapalah aku nak digandingkan dengan 'dia'.
Hmmph. Aku pon tak tahu. Lisa,andy,jazman,khalisya,kakqam pon cakap stay away from that ....
Dia sendiri pon cakap don't. So? Kenapa nak terhegeh lagi kan?
Lagipun, kakak aku pon cakap "Jangan minat kat mane2 laki, jangan rapat dgn mane2 laki, biar kita jadi perempuan sombong dgn lelaki coz soon kita dapat lelaki yang sombong juga dengan perempuan"
Yes, betul tu betul. Lagipun ni bukan masanya untuk aku fikirkan benda tu.
Setakat ada kawan lelaki pon dah cukup dah. Hai! *lambai tangan*

Cukup cukup sudah *air mata dah kering dah*
Hahaha. Yes, aku yang pilih jalan ini. So, kenapa aku pulak nak sedih2?
Allah dah aturkan yang aku tak sepatutnya cakap kat dia. Allah sayangkan aku sbb simpankan yang terbaik untuk aku. Ceh!
So, katanya nak tulis apa yang telah berlaku within this 3 months. Moga anda bosan dengan entri ini kerana ianya akan dipenuhi dengan gambar semata-mata. Hahahahahah. Aku tak kesah. Nak blah sila pergi. kbye

I call it April. You know April?
Bulan ni, aku sertai Kem Nadwah Kepimpinan asuha daripada Itqan Partners and Consultancy.
Summary daripada kem aku selama 3 hari 2 malam itu adalah BEST!
Hahaha itu je aku boleh describe. Well, aku dah tak tahu nak describe macam mane dah.

Dekat sini, ada sorang Fasci ni, that used to called Ustaz Kamal. Yang nak dijadikan cerita, dia jadi buruan para2 pelajar. Eh? Pengakuan berani mati. Takde lah.
Kami suka cara Ustaz Kamal. Sporting, cara dia bagi talk memang pergh! Kalau nak bash orang adalah melalui kaedah #7kalipujian 1kali kejian. Kan? Ke aku yang salah? Tapi yang penting, yang buat kami suka, sebab dia ni bagus. (Y) Yelah. Faham2 je lah bila kami panggil beliau 'ustaz' kenapa. Hahaha

Second one is Abang Muiz. Sebenarnya kami panggil dia Pok Cik Din. Tapi dia tak nak sebab terlalu tua. Well, kami semua *bukan semua sebab aku tak* sedih bila dapat tahu dia dah nikah dan ada seorang anak yang amat comel miut lah.
Takdelah, itu katanya kami sedih. Takpon. Yang ni pon best! Rindu lah time slot "Contohilah karakter Sultan Muhammad Al-Fateh"
FYI, korang kena google and know about him. Slot malam ni memang best gila! Btw, nak tahu tak, Pok Cik Din ni seorang certified hypnotist. Nak tahu apa itu hypnotist? Hang google sendiri sebab aku pon tak tahu :P

Then kami ada Kak Hajar, Kak Fatin and Kak Dibah. Yang osem ttg dorang semuanya comel2. Hahaha.
Aku lupa, Kak Hajar rasanya, malam tu, dia ada bagi satu ceramah. Ceramah maghrib. Then, dia tunjuk kami video ni: http://youtu.be/E6JPDVYpM4s and this: http://youtu.be/H-CHVkNTU_s 
Sila tekan untuk tahu apakah ia. Memang osem. Salah satu cara untuk kita sama-sama hijrah adalah melalui video (Y).
Kami nyanyi lagu Demi Matahari menari lagu aku lupa tajuk apa. :P (Kalau boleh satu-satu aku nak cakap aku buat apa, takpelah jom terjah gambar) :P


Aku punya ID card. Lah sangat :P
With le craziest seniors and friends.
Ini punya air memang pergh wangi gila
masuk dalam air semua dok buwek buwek
Lepas slot masuk air, kami masuk pantai. Pon nak jugak la ha

Ni last night with abang Muiz (atas)
Ustaz kamal. see i'm standing next to whom? Hahaha XD
Ni semua form 3 :)
Hari last, morning breeze from Pantai Melawi. 3rd day

Kalau awak kenal mana Kak Hajar, Kak Fatin, Kak Dibah
 memang awak great gila ah!
One of my fav picture :)


Then, dari apa yang aku belajar dari Nadwah Kepimpinan 2013 was too much.
Banyak sangat. Dari awal sampai akhir bagaimana nak jadi pemimpin yang hebat.
Memang tak semua dapat jadi pemimpin yang hebat.
Tapi kita semua boleh. Itu tidak pelik malah luar biasa.
Jangan pernah awak fikir awak ni terlalu lemah dan tak boleh nak jadi yang terbaik.
As long as you want it too much, you can.

This what Abang Muiz said on his last talk :
"Tak semua mampu bercakap di hadapan tetapi semua orang mampu bercakap"

Kita selalu fikir yang kita ni hebat daripada orang lain. Tetapi ingat, kita manusia biasa. Bukan manusia hebat. Orang lain lebih hebat dari kita tetapi Allah maha Hebat. He is Merciful.
SO jangan lah kita ni nak perlekehkan orang lain. Orang lain ada berhak untuk bersuara. Jangan lah kita nak p halang ke apa ke

Ini apa yang Ustaz Kamal Cakap:
"Ujian hebat adalah untuk orang yang hebat"
"Fitrah seseorang pemimpin adalah untuk dibenci"

Itu kenapa saya suka Ustaz Kamal. the way he talk. Yes, dia ni ahli usrah and orang paling pengaruh time sekolah2 dulu dalam usrah, naqib thing and all kind of those thing.
Betul katanya. Kalau kita belum sedia untuk diuji jangan diminta untuk diuji kerana fitrah manusia untuk diuji oleh Allah.

Last word from me, Be Better. Change Better. As you know. Allah is with you. :)


*ada sambungan soon. Sebelum cuti sekolah habis. 
yeah hw belum siap kbye