"Jika engkau tidak malu, maka buatlah sesuka hatimu" - Riwayat Imam Bukhari
Too nice to be hold.
Itulah orang nak mengayat perempuan cantik wuhuuu betul kew nyah.
Terkadang ada juga terfikir sejenak macam hmm,
Kita ni, masih ada ka sifat malu nya?
Kalo orang tua kata, perempuan melayu terakhir tu penuh dengan adab, sopan, malu dan segalanya lah nilai murni yang rasa sesuai hahaha
Dah apa kaitannya? Maksudnya, layakke kita nak jadi perempuan melayu terakhir kalau sifat malu kita dah entah ke mana?
Malu itu fitrah. Semua oraaaaaang ada sifat malu.
Tak caye? Ke awak tak pernah rasa malu?
Bebal eh? Ke kebal? Keeee awak ni bukan manusia? Hehehe
"Malu itu tidak mendatangkan apa2 kecuali k e b a i k a n" - saya lupa
Makaaa, dengan ini saya...........nak sambung lagi sebab ni baru muqaddimah al postun
"Si A dan Si B tertangkap berdua-duaan di dalam kelas tanpa berteman kecuali syaitan"
"Si C ditangkap mencuri air tin yang terletak elok di atas meja"
"Si D disaman kerana tidak menutup aurat secara sempurna dan mampu menggoyahkan iman bukan mahram" - saman?!
Oooh lek lek. Jangan cepat melatah... Ini hanyalab rekaan. Hihi
Konklusi yang saya nak buat mengenai situasi di atas ialah manusia akhir zaman sekarang termasuk saya sudah kurangnya sifat malu dalam diri mereka.
Mana pergi?! Dicuri toyol ka? Jatuh dalam longkang ka? Itu tanya sama hati kita.
Berdasarkan hadith (tegur jika salah) yg saya kemukakan pada entry ini, nak saya cakap, kalau dah hilang rasa malu dalam diri, kita dah tak kisah bila buat maksiat!
Kita dah tak malu nak dedah aurat! Eh biarlah orang tengok betis putih kita walaupun berbulu *nauzubillahminzalik
Kita dah tak malu nak peluk pegang2 sana sini nga pakwe/makwe kita! Eh biarlah kena tangkap khalwat pon, boleb kawin awal *nauzubillahminzalik
Kita dah tak malu dah dengan Allah! Yang ni paling sedih! Paling malu dengan diri sendiri! Paling tak sedar diri dengan diri sendiri!
Sebab apa? Sebab kita lupa, kita datang dari Dia, dan kita juga pergi kepada Dia!
Allah tu, nak cakap sweet ke tak, baik ke tak, sabar ke tak, walaupun hambaNya sikitpun tak sebut nama Dia, sikitpun lupa pada Dia, sikirpun tak ingat pon kat Dia, tapi Allah tetap turunkan nikmatNya.
Paling besar nilai nya tapi kecil di mata kita ialah udara, oksigen yang kita dok sedut huh hah huh hah hari hari.
Kalau takde, mati tengah jalan dah tak ke mana.
Dah lah amalan sikit, nak syukur pon tak nak.
Wallahu'alam
Saya juga manusia yang lemah, hamba yang hina, kita semua sama waaaaaaak.
Tapi amalan dalam dada ni, Allah je yang boleh nilai.
Kalau dah takde perasaan malu tu, kita mungkin tak sedar siapa diri kita.
Yang miskin terus sombong, yang kaya makin riak, yang jahil malas belajar, yang alim tak nak berkongsi, jadi siapa nak ikut resmi padi?
Pemalu tu takde lah sampai nak rak sampaikan kawan bagi salam pon lari macam kena di anjing sebab malu sangat.
Teruk tu teruk huhu
Kalau malu pon, jangan lah sampai ilmu yang ada di dada ni kita simpan sorang2, bukanke makin kita kongsi makin banyak Allah bagi?
Itu pon tanda kita bersyukur atas apa kelebihan yang Allah bagi kat kita tau.
Last but not least, saya ajak kita semua, sama2 kita berusaha untuk berubah.
Setapak demi setapak. Kalau tak boleh nak berlari, kita berjalan.
Kalau tam boleh berjalan, kita berjengket.
Kalau tak boleh juga, kita merangkak.
Tak boleh juga, kita meniarap.
Masih juga tak boleh, kita berdoa agar diberi kesempatan dan kekuatan untuk terus move on.
Move on tu kan hijrah!
Biarlah kita tunjuk sikit kita berusaha kita nak syurga Dia.
Kalau nak syurga, kena buat.
Tak nak syurga, tak payah susah2kan diri.
Kalau iman dah lemah, kuatkan. Inshaallah
Kalau dah jatuh, kutip balik! Haaa macam shiro dan nasir bilal khan buat tuuu. Hehe
Dan tahniah buat anda yang berjaya membaca sampai ke titik ini. Mabroook!
Entry ini juga merupakan teguran dan ingatan buat saya yang masih lagi lemah.
Tapi, tak salah kan kita mengajak dan berkongsi :)
Salam alaik.
Saya dah 17 dan saya masih banyak saya nak kena move on. So, saya let go je lah.
No comments:
Post a Comment