Saturday, November 22, 2014

Speak up and be a leader

Kemahiran menulis makin lama makin menghilang.
Hilang ditelan masa. Hilang ditelan malas,
Hihi. Assalamualaikum to all my dear readers.
Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah genap setahun saya bersama Firgeosa 1115/1415 di bumi SAIS ini.
Alhamdulillah everything went well :')

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini saya mengumumkan bahawa...
Sesi persekolahan bagi 2014 telah tamat. Maka tamatlah riwayat tingkatan 4 mu.
Subhanallah. Kejapnya dah form 5 tahun depan. Dah nak ambil SPM dah.
Dah nak masuk U dah adik abang kakak yang membaca sekarang.

Result final dah keluar tapi aku tak nak cakap bagaimana.
For sure, I've cried for a few times. Not because I am not thanked for what I have got.
But you know the feeling when you are so depressed when actually you are expecting something more than what you get? That's what i feel.



2014 belum berakhir, namun banyak yang aku dapat tahun ni.
Past 3 weeks, I went to the Pewaris Kursus. Again, it is all about leadership.
Bila cakap pasal kepimpinan, you might think, Ketua Pengawas, Ketua Badar, Ketua segala ketua.
But did u ever think "the title of leader of yourself"?

Jika tak mampu memimpin orang lain, pimpin lah dirimu! Pimpin lah dirimu!
Melihatkan kepimpinan Rasulullah, semua jenis segala ketua ingin mencontohi diri Baginda.
Termasuklah diri kita yang hina ini. Sejauh manakah kita mampu memimpin diri sendiri ke jalan yang benar?
Benar yang macam mana? Benar yang tiada salahnya? Benar yang selalu diterangi cahaya? Benar yang macam mana tu?

Bukan jihad namanya kalau tiada halangan. Bukan hijrah namanya kalau semua bendanya senang.
Ingat senang ke mudah mudah je nak ajak orang lain solat? Ingat senang ke nak ajak orang puasa? Ingat senang ke nak suruh orang lain tutup aurat?
Ingat senang ke nak suruh diri sendiri buat semua benda tu?
Ada kemungkinan sesetengah manusia itu, banyak ilmunya, tetap tidak dikongsi ilmu itu.
Ada kemungkinan sebahagian manusia itu, kosong ilmunya tetapi malas untuk mencari ilmu itu.
Aku ada terbaca satu majalah ini, adalah menyatakan tentang ilmu.

"Makin banyak ilmu yang kita dapat, patutnya makin rasa rendah diri kita itu. Bukan semakin sombong kerana ilmu Allah itu Maha Luas"
Berkongsi lah ilmu yang kamu ada wahai teman. Bukannya masalah siapa yang penasihat itu. Tetapi 'apa' nasihat yang diberi itu.



Awak tahu tak BADAR tu apa? Kalau kat sekolah, orang akan cop BADAR tu, tudung labuh, geng surau, kalau jumpa BADAR (naqib/naqibah) lari. Ha! Mesti ada buat salah lettew.
Okay itu tak penting. Yang penting adalah, korang semua jangan 'mindsetkan' minda korang, yang bagi ceramah, yang jadi imam, yang amalkan amar ma'ruf nahi mungkar hanyalah tugas BADAR or (naqib/naqibah).
Tetapi itu semua tugas KITA. Kita ini, khalifah Allah. Tugas Khalifah apa ye abang kakak?
Untuk mentadbir bumi bukan? Maka, kita ini juga da'ie. Merangkap juga pemimpin, Pemimpin diri sendiri dan orang lain.

Apa pula da'ie tu? Okay, da'ie itu maksudnya pendakwah. Bersyukur tak kita dilahirkan sebagai Islam? Alhamdulillah dua saat.
Berat tak tanggungjawab kita? Berat kan? Tak sedar lagi ke? Tepuk dada tanya iman.

Mungkin ada yang cakap, "Macam mana nak ubah orang lain kalau diri sendiri tak baik?"
Kalau nak tunggu baik, semua takkan baik. Sampai bila entah nak ditunggunya.
Tetapi ingatlah, bila kita berusaha untuk mengubah diri kita, In Sha Allah, kita juga mampu untuk ajak orang lain untuk berubah bersama.
Dakwah yang terbaik adalah dakwah dari segi perbuatan. Kenapa?
Sebab orang tengok apa kita buat, berbanding daripada lisan, ada kemungkinan ada yang mendengar ada yang tidak. Namun dengan perbuatan semua mampu melihat.

So, kepada semua atau seorang pemimpin yang bakal memimpin tahun depan (what i meant is for your senior a.k.a form 5 2015), tunjukkanlah sikap yang baik buat pengikut mu, dan adik2 mu.
Jangan pula hang larang orang hisap rokok, hang sendiri berbau. Nauzubillahminzalik.

Ingat, hanya Allah yang mampu mengadili kita. Terkadang, bila dah tiada yang mampu menegur kita, biarlah kita sendiri yang menegur diri sendiri.




Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman

Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan

Sedikit lirik dari fatwa hati daripada Nowseeheart. Nanti rajin2kan diri google eh.

Ada hadith yang menyatakan:

"Daripada al-Nawwas ibn Sam’aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim."

"Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik."


Sunday, August 31, 2014

Every Questions Has The Answer

Assalamualaikum!


How are you my dear pretty qtpies.
Kepada yang menunggu saat saat aku kembali beroperasi di dunia blog ini, here I am. 
Sitting in front of the laptop, typing words, for u, my dear online diaries.

Pejam celik pejam celik dah hampir 7 bulan aku menjadi warga SAIS.
Alhamdulillah. For those yang tanya, "Is everything went well?"
I don't have the right answer for it.
People aren't perfect. So am I.

"Kenapa pakai tudung labuh?"
I admit, I'm not wearing tudung labuh outside the school.
But can you imagine? Dah 3 tahun aku sekolah di SMA, aku dah terBIASA dengan pakai tudung labuh.




"Awak kena tabahkan hati awak" - UAA
Yet, I am crying for 3 days in row.
Nak maghrib, nak pergi sekolah, nak pergi asrama.
Apa yang aku kena hadapi is people.
Bila cakap pasal manusia, yes, they have their own thinking and their own opinion.
So am I. I have my own way, I have my own style and I don't judge others' opinion. I do respect them.

Thanks for those yang amat memahami.
Thanks to my dormmates yang selalu pujuk aku.
And I am sincerely want to thank you for advising me on my way of life.
Aku tak melatah, aku tak merapu, aku hanya ingin berterima kasih.
The day when my friend tell me the truth, I was crying because I'm touched!
Dia sanggup ceritakan yang sebenar daripada terus menipu, terus berlakon, dan terus terus teruslah.
Sesetengah tu memang tak masuk akal tapi, aku kena terima juga by hook or by crook.
Itulah tarbiyah hati supaya jangan cepat marah jangan cepat melatah.

"Doesn't know me well, you can judge me yes"
Tak semua yang mengenali kita, memahami kita, berada di tempat kita.
You are not in my shoes since we are not wearing the same size.


Aku cuba untuk menjadi sepositif yang mungkin.
Tapi kadang-kadang ada tahap limitnya.
"Sahabat nabi pun, suka mendengar nasihat daripada orang lain. Malah beliau amat amat amat suka apabila orang menegurnya" -CgZ
Jangan melihat kepada siapa yang memberi nasihat, tetapi ambillah apa nasihat yang memberinya.

Sungguh penakut diri aku ini. Melepaskan segalanya di sini.
People can't be hundred percent like you want, but people can change for better life.
"Jika senyap itu lebih baik daripada berkata-kata, maka teruskan berdiam diri"

I'm standing here, want to apologize to all for my wrongdoings and mistakes.
People do mistakes. Nama lagi aku hanyalah Hamba dan seorang Pendosa.
Apa yang salah itu, betulkan. In sha Allah kemahiran mendengar yang aku ada, aku akan terima.
Just tell me the truth. Thank you :)


Sunday, April 27, 2014

Life is not always perfect then

Genap 3 bulan just in few days
Alhamdulillah
Still breathing and still alive here

Assalamualaikum and hi! Wink^^

Too much stories to be told but I think it was not necessary then. xD


2 minggu lepas rasanya, i went to perkhemahan perdana at agro setiu resort that was only 10 minutes from SAIS i think. Hihi
Nak cakap JAKUNNYA aku ni kan, first time okay aku cuba flying fox and it was the first time too i went to jungle treckking. Okay JAKUN (kasi kecil sikit)
Okay tak kisah lah, tapi yang aku nak ceritanya tentang Night Walk.
Malam last tu, kami diaturkan utk buat aktiviti Night Walk.
Malam tu, aku ni, cam malas lah kan nak pakai handguard bagai sbb malam je PON. (katanya)
Tapi itulahkan, yang dijaga kita malas nak terus jaga, Allah terus bagi kafarah dosa.
Nak tak nak, aku kena habis malam tu. Tak selesa habaq hang. Dah la ada incident kecil.
Bayangkan fasci tu laki. Form 4 pulak tu! Lepastu dia kenal aku pulak tu! Tak ke malu tu hah?!
Ni lah nak cakap, apa yang dah DIJAGA, TERUSKAN MENJAGA, JANGAN SENANG2 NAK KASI BUKAK HAAA


Apa maksud aku ialah, jagalah apa yang kau patut jaga wahai wanita.
I want to ask you something. This is might be toooo cliche but it is deep..
Aku bagi kau pilihan iaitu 2 lollipop. Satu yang dah terbuka balutannya dan sudah terdedah kepada kotoran. Dan yang kedua masih tertutup balutannnya dan masih dijaga rapi.
MANA SATU PILIHAN ANDA?
Mesti yang kedua tu kaaaan... Well, lollipop yang dah terdedah tu kita boleh basuh balik, and kita boleh je makan kan..

Samalah dengan diri kita. Seteruk mana pon kita, sejahat mana pon kita, bila kita nak berubah, In Shaa Allah dengan izinNya kita boleh.
Hidayah tu bukan datang bergolek2 macam belon weeeeeeee.
TAAK. Hidayah itu perlu dicari. Perlu diusaha.
"Takpelah aku masih muda.." "Nanti aku masuk U aku jagalah akhlak aku" "Nanti aku nak kahwin aku ubahlah, aku sayang suami aku, aku taknak heret dia masuk neraka"

Teman sayang, mati tak kira usia dik. Tak cakap pon perlu jadi ustazah, tak perlu pon nak jadi baik kena pakai tudung labuh. (even aku yang pakai tudung labuh kt sekolah pon belum tentu baik perangainya. aduhai perangai mcm hampeh childish sangaaat)
Oh lupa, maksud aku 'berubah' tu, from our pemakaian. Dari segi menjaga auratmu wahai Hawa.
Aurat tu lah paling susah nak jaga selain daripada mengumpat, ikhtilat, couple and bla3 (banyak sangat perkara yang boleh mendatangkan dosa ni kan, hmmph :/)
Tak tipu, susah okay nak kejar SYURGA ALLAH. Banyak halangannyaa. Tapi itulah,  apa lagi tujuan kita dibumi kalau tidak diuji keimanan kita ni kan :')





Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan seseorang hamba itu....

Mengeluh.
Lagi... Aku bukan nak berlagak baik. Tapi aku tahu. Aku pon tak layak nak tegur..
Kadang2, apabila kita ingin berusaha untuk menjadi baik, ada2 jelah orang nak kutuk sana sini.
Aku dah ambil pengajaran darinya.
Dan apa yang aku belajar is "Apabila menerima sesuatu berita jangan mendengar dari satu pihak sahaja"

Tapi itulah. Ragam manusia. Hmm. Apa2 pon, doakan aku berjaya mengharungi dunia penuh drama ini.









p/s: Alhamdulillah everything is okay at SAIS. Thnks to all. Much love xoxo

Saturday, March 22, 2014

\\When you are not sure//

"Tiqah belajar elok2 ye, tempat orang tu, jange buat mace kat skoloh lamo, jago diri, jago iman, jago hati" - Kak AishaFarhana a.k.a Kak Mcpoh

"Bawa imej naqibah di sana ye" - Kak AisyahAbdullah a.k.a Kak Ecoh

"Teruskan dakwah di sana pula ya atiqah, takdop doh la atiqah kat skoloh ni, jaga gapo hok asa hok atiqah dapat kat skoloh ni, skoloh agamo denge sekoloh biaso ni lain" - Ustazah Azlina a.k.a my BA ustazah on form 3

"So awok dapat lah sekoloh hok awok nok, sekoloh hok mok awok oyak awok sungguh nok tu?" - Teacher Hasma

"Kalu jupo cikgu2 amalin, tegur lah ye, nati cuti mari2 lah jale, jange lupo amalin, belajar molek sano" - Most of cikgu2 amalin

"Takdop doh la ore nok ajar aku fizik" - Najwa a.k.a Eton a.k.a Mcwa (most of them said this too :'( )

"Satgih sapo lah nok ajar sek ni addmath" - Adlina Basyirah a.k.a Mclina (most of them said this too :'( )

"Tiqah, mu dok sano, mu jago diri mu, mu jago hati mu, mu jago iman mu, mu jange gewe tiqah, jange curang ko Min Ho, mu jago ikhtilat mu, mu belajar molek tiqah, moga cita2 mu nok jadi pediatric surgeon berkelulusan university dublin tercapai and terus dapat gi Mekah, jange lupo kitore," - Words from Husna, Khadijah, Fatihah, and all of them like Hanan, Syukrina, Asma, semuaaaaaaaa aku sayang

"Kalu laki nok belajar nge awok, tapi awok bekeng sangat lah" - Qurratu Ain a.k.a budok baru :P


"I miss their laugh, 
I miss their smile, 
I miss their tears, 
I miss their voice, 
and I miss all about them..

Dear friends, I was not too okay here..
I try to be more optimistic..
I must to tell myself, this is the beginning of success..
I must have faith and believe in my self..
I must to stay and go trough and accept the obstacles in coming.."



So, this is my story..
Aku dah berpindah ke sekolah baru which is aku excited lah jugak.
Dah sebulan aku belajar, dah sebulan aku meniti hari..
Dah sebulan aku tinggalkan amalin.
Life must go on.. And this is the path that i choose..
Bukan nak kata aku sedih, bukan nak kata aku tak suka.
I was not sure what are my feelings staying here..
The study is okay. The hostel life was not too okay.
Bukan teruk langsung. Susahnya untuk aku sesuaikan diri di sini..

Kawan cakap "Sabarlah, ini baru permulaan, nanti okay lah"
I wish soo.. They treat us (freshie) okay.
But some of the things, i miss my friends at amalin so much..
I know the other newbies felt the same too..

Ada yang dah pindah, sebab katanya tak sesuaikan diri.
Aku takdalah sampai tahap nak pindah.
I need to grab the chances even it is hard.
Aku harus bertahan..
Bak kata cikgu Aswadi "Orang muda keno ork dan tebeng baru berjaya"
If u know what he meant.
Aaah, rindunyaaaaa.....



Be the one that Allah loves, so put trust on Him.
I am excited what is coming but in the same time, I am afraid.
Aku percaya, Dialah perancang yang terbaik..
In sha Allah aku harus kuatkan diri.
Because of HIM, Umi, Families, Teacher and my self.

La Tahzan Innallaha Ma'ana
:( ---- :)

When you are not sure, grab Quran and read it.
When you are not sure, take whudu' and pray.
When you are not sure, do some zikrullah.
When you are not sure, do Istikharah.
May Allah be with you all the time.


Be more matured and accept it.
May Allah bless u all.
In shaa Allah.
Assalamualaikum :)