Saturday, November 22, 2014

Speak up and be a leader

Kemahiran menulis makin lama makin menghilang.
Hilang ditelan masa. Hilang ditelan malas,
Hihi. Assalamualaikum to all my dear readers.
Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah genap setahun saya bersama Firgeosa 1115/1415 di bumi SAIS ini.
Alhamdulillah everything went well :')

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini saya mengumumkan bahawa...
Sesi persekolahan bagi 2014 telah tamat. Maka tamatlah riwayat tingkatan 4 mu.
Subhanallah. Kejapnya dah form 5 tahun depan. Dah nak ambil SPM dah.
Dah nak masuk U dah adik abang kakak yang membaca sekarang.

Result final dah keluar tapi aku tak nak cakap bagaimana.
For sure, I've cried for a few times. Not because I am not thanked for what I have got.
But you know the feeling when you are so depressed when actually you are expecting something more than what you get? That's what i feel.



2014 belum berakhir, namun banyak yang aku dapat tahun ni.
Past 3 weeks, I went to the Pewaris Kursus. Again, it is all about leadership.
Bila cakap pasal kepimpinan, you might think, Ketua Pengawas, Ketua Badar, Ketua segala ketua.
But did u ever think "the title of leader of yourself"?

Jika tak mampu memimpin orang lain, pimpin lah dirimu! Pimpin lah dirimu!
Melihatkan kepimpinan Rasulullah, semua jenis segala ketua ingin mencontohi diri Baginda.
Termasuklah diri kita yang hina ini. Sejauh manakah kita mampu memimpin diri sendiri ke jalan yang benar?
Benar yang macam mana? Benar yang tiada salahnya? Benar yang selalu diterangi cahaya? Benar yang macam mana tu?

Bukan jihad namanya kalau tiada halangan. Bukan hijrah namanya kalau semua bendanya senang.
Ingat senang ke mudah mudah je nak ajak orang lain solat? Ingat senang ke nak ajak orang puasa? Ingat senang ke nak suruh orang lain tutup aurat?
Ingat senang ke nak suruh diri sendiri buat semua benda tu?
Ada kemungkinan sesetengah manusia itu, banyak ilmunya, tetap tidak dikongsi ilmu itu.
Ada kemungkinan sebahagian manusia itu, kosong ilmunya tetapi malas untuk mencari ilmu itu.
Aku ada terbaca satu majalah ini, adalah menyatakan tentang ilmu.

"Makin banyak ilmu yang kita dapat, patutnya makin rasa rendah diri kita itu. Bukan semakin sombong kerana ilmu Allah itu Maha Luas"
Berkongsi lah ilmu yang kamu ada wahai teman. Bukannya masalah siapa yang penasihat itu. Tetapi 'apa' nasihat yang diberi itu.



Awak tahu tak BADAR tu apa? Kalau kat sekolah, orang akan cop BADAR tu, tudung labuh, geng surau, kalau jumpa BADAR (naqib/naqibah) lari. Ha! Mesti ada buat salah lettew.
Okay itu tak penting. Yang penting adalah, korang semua jangan 'mindsetkan' minda korang, yang bagi ceramah, yang jadi imam, yang amalkan amar ma'ruf nahi mungkar hanyalah tugas BADAR or (naqib/naqibah).
Tetapi itu semua tugas KITA. Kita ini, khalifah Allah. Tugas Khalifah apa ye abang kakak?
Untuk mentadbir bumi bukan? Maka, kita ini juga da'ie. Merangkap juga pemimpin, Pemimpin diri sendiri dan orang lain.

Apa pula da'ie tu? Okay, da'ie itu maksudnya pendakwah. Bersyukur tak kita dilahirkan sebagai Islam? Alhamdulillah dua saat.
Berat tak tanggungjawab kita? Berat kan? Tak sedar lagi ke? Tepuk dada tanya iman.

Mungkin ada yang cakap, "Macam mana nak ubah orang lain kalau diri sendiri tak baik?"
Kalau nak tunggu baik, semua takkan baik. Sampai bila entah nak ditunggunya.
Tetapi ingatlah, bila kita berusaha untuk mengubah diri kita, In Sha Allah, kita juga mampu untuk ajak orang lain untuk berubah bersama.
Dakwah yang terbaik adalah dakwah dari segi perbuatan. Kenapa?
Sebab orang tengok apa kita buat, berbanding daripada lisan, ada kemungkinan ada yang mendengar ada yang tidak. Namun dengan perbuatan semua mampu melihat.

So, kepada semua atau seorang pemimpin yang bakal memimpin tahun depan (what i meant is for your senior a.k.a form 5 2015), tunjukkanlah sikap yang baik buat pengikut mu, dan adik2 mu.
Jangan pula hang larang orang hisap rokok, hang sendiri berbau. Nauzubillahminzalik.

Ingat, hanya Allah yang mampu mengadili kita. Terkadang, bila dah tiada yang mampu menegur kita, biarlah kita sendiri yang menegur diri sendiri.




Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman

Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan

Sedikit lirik dari fatwa hati daripada Nowseeheart. Nanti rajin2kan diri google eh.

Ada hadith yang menyatakan:

"Daripada al-Nawwas ibn Sam’aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim."

"Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik."


Sunday, August 31, 2014

Every Questions Has The Answer

Assalamualaikum!


How are you my dear pretty qtpies.
Kepada yang menunggu saat saat aku kembali beroperasi di dunia blog ini, here I am. 
Sitting in front of the laptop, typing words, for u, my dear online diaries.

Pejam celik pejam celik dah hampir 7 bulan aku menjadi warga SAIS.
Alhamdulillah. For those yang tanya, "Is everything went well?"
I don't have the right answer for it.
People aren't perfect. So am I.

"Kenapa pakai tudung labuh?"
I admit, I'm not wearing tudung labuh outside the school.
But can you imagine? Dah 3 tahun aku sekolah di SMA, aku dah terBIASA dengan pakai tudung labuh.




"Awak kena tabahkan hati awak" - UAA
Yet, I am crying for 3 days in row.
Nak maghrib, nak pergi sekolah, nak pergi asrama.
Apa yang aku kena hadapi is people.
Bila cakap pasal manusia, yes, they have their own thinking and their own opinion.
So am I. I have my own way, I have my own style and I don't judge others' opinion. I do respect them.

Thanks for those yang amat memahami.
Thanks to my dormmates yang selalu pujuk aku.
And I am sincerely want to thank you for advising me on my way of life.
Aku tak melatah, aku tak merapu, aku hanya ingin berterima kasih.
The day when my friend tell me the truth, I was crying because I'm touched!
Dia sanggup ceritakan yang sebenar daripada terus menipu, terus berlakon, dan terus terus teruslah.
Sesetengah tu memang tak masuk akal tapi, aku kena terima juga by hook or by crook.
Itulah tarbiyah hati supaya jangan cepat marah jangan cepat melatah.

"Doesn't know me well, you can judge me yes"
Tak semua yang mengenali kita, memahami kita, berada di tempat kita.
You are not in my shoes since we are not wearing the same size.


Aku cuba untuk menjadi sepositif yang mungkin.
Tapi kadang-kadang ada tahap limitnya.
"Sahabat nabi pun, suka mendengar nasihat daripada orang lain. Malah beliau amat amat amat suka apabila orang menegurnya" -CgZ
Jangan melihat kepada siapa yang memberi nasihat, tetapi ambillah apa nasihat yang memberinya.

Sungguh penakut diri aku ini. Melepaskan segalanya di sini.
People can't be hundred percent like you want, but people can change for better life.
"Jika senyap itu lebih baik daripada berkata-kata, maka teruskan berdiam diri"

I'm standing here, want to apologize to all for my wrongdoings and mistakes.
People do mistakes. Nama lagi aku hanyalah Hamba dan seorang Pendosa.
Apa yang salah itu, betulkan. In sha Allah kemahiran mendengar yang aku ada, aku akan terima.
Just tell me the truth. Thank you :)